Rabu, 13 Februari 2019

Cara Khilafah Menjaga Kekayaan Negara Dari Tangan Asing



Oleh: Hafidz Abdurrahman

Khilafah Negara Ideologi

Negara Khilafah adalah negara ideologi. Negara yang berdiri dengan dasar ideologi. Kewujudannya adalah untuk menerapkan, menjaga, dan menyebarkan ideologinya ke seluruh dunia. Itulah negara Khilafah. Ideologinya adalah Islam.

Sebagai ideologi, Islam bukan hanya berisi akidah, tetapi juga sistem kehidupan. Islam bukan saja menggariskan konsep (pemikiran), seperti akidah dan solusi terhadap berbagai permasalahan kehidupan, tetapi juga menggariskan metod yang khas dan unik. Metod untuk menerapkan, menjaga dan mengemban ideologi tersebut ke seluruh dunia.
Dengan ideologi Islam yang sempurna, didukung dengan sumber daya manusia yang menyeluruh, baik dalam bidang politik, intelektual, ijtihad dan kepimpinan, maka Khilafah akan menjadi negara adidaya baru, menggantikan Amerika, Kesatuan Eropah, Britain, dan Rusia. Dengan modal yang sama, didukung dengan wilayah yang terbentang luas, meliputi 2/3 dunia, dan jumlah demografi yang sangat besar, iaitu 15 juta jiwa, maka Khilafah mampu mandiri, tidak bergantung kepada negara-negara tersebut.

Dengan potensi tersebut, sudah pasti negara-negara kafir penjajah tidak akan membiarkan Khilafah mencapai misinya. Mereka pasti akan berusaha mati-matian mempertahankan cengkeraman serta kepentingan (manfaat) yang mereka perolehi di negeri kaum Muslim. Kerana mereka sangat bergantung kepada dunia Islam, baik dari segi sumber tenaga, bahan mentah, sehinggalah ke pasarannya. Namun, dengan ideologinya, dan kualiti sumber daya manusianya, Khilafah sanggup melepaskan diri dari setiap strategi yang mereka rancang.

Kekayaan Umat Islam

Negara Khilafah, sebagai satu-satunya negara kaum Muslim di seluruh dunia, akan menjaga agama, darah, harta, jiwa, akal, kehormatan, keturunan, negara, termasuk setiap inci wilayahnya. Oleh itu, tak ada satupun pelanggaran (pencerobohan) yang dilakukan terhadap agama, darah, harta, jiwa, akal, kehormatan, keturunan, negara, termasuk wilayah, jika ada  pasti Khilafah akan bertindak.
Khusus terkait dengan kekayaan kaum Muslim, boleh dipecahkan kepada 3 kategori. Pertama, kekayaan milik peribadi (individu). Kedua, kekayaan milik umum (umat). Ketiga, kekayaan milik negara. Seluruh kekayaan ini akan dijaga oleh negara, dan apapun bentuk pelanggaran atau salah laku terhadap kekayaan ini tidak akan dibiarkan oleh Khilafah.

Cara Khilafah menjaga kekayaan ini adalah dengan menerapkan sistem Islam, bukan hanya dal sektor  ekonomi, tetapi juga yang lain. Dalam sektor ekonomi, Islam menetapkan, bahawa hukum asal kekayaan adalah milik Allah, yang dikuasakan kepada manusia. Manusia mendapatkan kuasa, dengan cara menerapkan hukum-Nya. Dari sana, lahir hukum tentang kepemilikan. Disebabkan itu, kepemilikan didefinisikan sebagai “izin pembuat syariat (Allah)”.

Dengan izin pembuat syariat, seseorang boleh memiliki kekayaan, baik secara peribadi, bersama-sama, mahupun melalui perantara negara, jika terkait dengan kekayaan milik negara. Dengan cara seperti itu, maka seluruh kekayaan kaum Muslim tidak akan boleh dimiliki oleh siapapun, kecuali dengan izin pembuat syariat.

Dengan cara yang sama, kekayaan milik peribadi tidak boleh menjadi hak milik negara, kecuali dengan izin pembuat syariat. Begitu juga, kekayaan milik umum tidak akan boleh diprivasikan, kerana tidak adanya izin dari pembuat syariat. Begitu pula, kekayaan milik negara boleh diberikan kepada individu, juga kerana adanya izin dari pembuat syariat, yang diberikan kepada Khalifah, melalui mekanisme iqtha’, dan lain-lain.

Cara Menjaga dan Mengembalikan
Selain mekanisme syariah di atas, Khilafah juga akan mendidik rakyatnya tentang nilai kekayaan mereka, serta menerapkan hukuman  yang tegas bagi siapa saja yang melanggar ketentuan syariah dalam hal kepemilikan, pengelolaan dan pengagihan kekayaannya. Pendedahan (didikan) boleh dilakukan, termasuk dengan melantik wali (pengurus) khusus bagi siapa saja yang mempunyai harta, namun dia tidak mampu mengelola dan mengagihkan hartanya dengan betul. Setiap orang satu wali. Mereka akan dibayar oleh negara.

Kebijakan satu orang satu wali ini berlaku untuk: (1) Orang-orang yang termasuk dalam kategori safih (bodoh/lemah akal). Di dalamnya termasuk orang bodoh, gila, termasuk anak yang belum sempurna akalnya (belum baligh). (2) Orang-orang yang dianggap muflis (bankrup)), di mana hutangnya lebih besar berbanding asetnya. Dengan kebijakan satu orang satu wali, maka seluruh tindakan mereka boleh diurus dengan baik. Harta mereka terjaga, tidak dihambur-hamburkan, termasuk berpindah tangan kepada orang yang tidak berhak.

Ini terkait dengan kekayaan milik individu. Kerana kekayaan ini pengelolaan dan pengagihannya kembali kepada individu. Sedangkan kekayaan milik umum dan negara, pengelolaan dan pengagihannya kembali kepada negara. Negaralah satu-satunya yang berhak untuk mengelola dan mengagihkannya sesuai dengan kebijakan yang dianggap tepat. Namun, dalam hal ini, negara tidak boleh melanggar ketentuan syariah. Seperti melakukan privatisasi kekayaan milik umum kepada individu, baik domestik mahupun asing.
Untuk menjaga kekayaan ini tugas dan fungsi penguasa, yang mempunyai kuasa sebagai pembuat kebijakan, sangat vital. Oleh sebab itu, mereka mestilah seorang Muslim, adil (tidak fasik), lelaki, baligh, berakal, merdeka dan mampu menjalankan tugas dan fungsinya sebagai penguasa. Hal ini akan menjadi jaminan dasar bagi penguasa dalam mengambil kebijakan.

Bukan hanya itu, Khilafah juga mempunyai sistem yang sempurna untuk menjaga kekayaannya. Tidak hanya bertumpu pada jaminan penguasanya, tetapi juga kepada yang lain. Ketika kebijakan penguasa dalam mengelola dan mengagihkan kekayaan milik umum dan negara tersebut menyimpang, maka umat, baik secara langsung mahupun melalui Majlis Umat, boleh memuhasabah tindakan penguasa. Boleh juga melalui parti politik Islam yang ada.

Jika kebijakan di atas tidak diendahkan oleh penguasa, maka kes ini boleh diadukan kepada Mahkamah Madzalim. Mahkamah Madzalim berkuasa membatalkan kebijakan penguasa yang menyimpang tersebut, dan mengembalikannya. Jika kekayaan ini dimiliki oleh individu, badan korporat (syarikat) atau negara lain, maka penguasaan atas kekayaan tersebut harus dibatalkan oleh Mahkamah Madzalim, lalu dikembalikan kepada pemiliknya. Jika milik individu, dikembalikan kepada individu. Jika milik umum, dikembalikan kepada milik umum. Jika milik negara, dikembalikan kepada negara.
Khilafah akan menutup rapat-rapat pintu pelaburan asing dan hutang luar negeri yang boleh mengantarkan pada penguasaan kekayaan milik umum dan negara oleh pihak asing. Pelaburan asing ini selama ini boleh dilakukan secara langsung, G to G (government to government), P to P (people to people), mahupun melalui Bursa Saham. Semuanya mesti ditutup. Untuk itu, kebijakan hubungan dengan pihak asing harus melalui satu pintu, iaitu Jabatan Luar Negeri.

Begitu juga dengan hutang luar negeri. Hutang yang selama ini dibalut dengan berbagai istilah, seperti hibah, derma dan pinjaman. Intinya sama, iaitu hutang. Kebijakan hutang luar negeri ini seolah-olah sudah menjadi kemestian bagi setiap negara, kerana rezim Bajet Negara yang telah menetapkan hutang itu. Oleh sebab itu, rejim Bajet Negara mesti dirombak, mulai dari sistem penyusunan Bajet Negara itu sendiri. Dengan begitu, semua pintu hutang ini boleh ditutup rapat-rapat, kecuali dalam satu keadaan, darurat.
Dengan tertutupnya seluruh pintu yang boleh menyebabkan pengaliran keluar kekayaan negara Khilafah itu tadi, maka kekayaan umat ini akan terjaga. Dan dengan kebijakan itu juga, apa yang ada di tangan asing pun boleh dikembalikan.

Sumber: https://hizbut-tahrir.or.id/2015/01/10/cara-khilafah-menjaga-kekayaan-negara-dari-tangan-asing/

#ekonomi #pengurusan #kekayaanNegara #HartaNegara #KhilafahMemeliharaHartaNegara #ekonomiIslam #HartaIndividu #HartaUmum #HartaNegara #CelikSyariahTegakKhilafah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar